Guru Murabbi Digital AI untuk Guru, Mula Dari Sini
Guru Murabbi Digital: AI untuk Guru, Mula Dari Sini ialah panduan santai dan praktikal untuk guru yang baru mahu mengenali AI atau pernah mencuba tetapi masih kurang yakin menggunakannya dalam pendidikan. e-buku ini membawa cikgu bermula daripada asas iaitu memahami AI dalam bahasa yang mudah, belajar cara berkomunikasi dengan AI melalui prompt, dan menggunakannya untuk membantu tugasan serta pengajaran. Melalui contoh-contoh yang dekat dengan situasi sebenar guru, cikgu juga akan belajar bagaimana memberi konteks yang lebih jelas kepada AI, menilai jawapan yang diberikan serta menjaga etika, privasi dan amanah terhadap murid. Yang paling penting, e-buku ini tidak meletakkan AI sebagai pengganti guru. AI memberi cadangan, tetapi guru tetap menilai, menyesuaikan dan membuat keputusan berdasarkan keperluan sebenar murid dan bilik darjah. Tak perlu tunggu sampai pandai. Kita mula dari sini. Teknologi membantu. Guru membimbing.
Currently No Review